Sunday, February 20, 2011

Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat (Bahagian 2)

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Dalam artikel Bahagian 1 sebelum ini, saya telah membincangkan apa yang dikatakan matlamat dan bagaimana untuk membentuknya. Kali ini mari kita lihat pula kenapa matlamat itu perlu. Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80% pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar melayu gagal bersaing. Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya.

Matlamat memudahkan perancangan. Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda telahpun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh yang tertentu. Ini pastinya memudahkan lagi untuk anda merancang tugas anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.

Contoh:
Katakan anda mahu menghabiskan ulangkaji mata pelajaran Sains sebulan sebelum tibanya peperiksaan PMR. Katakanlah, pelajaran Sains itu mempunyai 24 tajuk dan anda kini mempunyai 6 bulan sahaja untuk menghabiskannya (iaitu sehingga sebulan sebelum PMR. Ini bermakna anda perlu menghabiskan 4 tajuk Sains setiap bulan, atau lebih kurang 1 tajuk setiap minggu. Sekiranya anda merancang untuk belajar Sains sebanyak 4 kali seminggu, gunakan 3 sessi yang pertama untuk menghabiskan satu-satu tajuk dan gunakan sessi ke-4 untuk mengimbas semula tajuk tersebut dan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengannya.

Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila anda punya matlamat maka anda merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda menggadai masa depan anda sendiri. Mata pelajaran Sains seperti di atas tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan komitmen untuk mengikut jadual harian anda sendiri.

Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya.

Matlamat membantu anda membuat keputusan. Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu kecil, hanya sekitar 5% sahaja. Yang lain, sama ada langsung tidak mempunyai jadual harian atau ada jadual tetapi sekadar hiasan dinding dan tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku? Jawapannya ialan sebab kita bukannya robot dan bukannya mesin yang boleh dijadualkan untuk berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. Malah saya sendiri tidak yakin bahawa jadual adalah penyebab kejayaan seseorang.

Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka, misalnya anda mahu belajar tetapi mak minta jaga adik, ayah minta pergi kedai. Sebentar lagi ialah waktu untuk buat kerja sekolah tapi di TV pula ada perlawanan akhir bola sepak. Semuanya ini antara penyebab kenapa anda sukar mengikut jadual belajar anda. Tetapi dengan adanya matlamat anda pada bila-bila masa boleh mengubah perancangan harian anda asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan jangka panjang anda. Anda boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi anda perlu ganti semula dan belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap tajuk perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. Be flexible!!
Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan.

Apabila anda mempunyai matlamat anda mula mengatur perancangan. Apabila anda bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan. Anda mungkin perlu berjumpa guru setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak anda fahami. Anda mungkin bertemu rakan-rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan yang mahu membantu anda disaat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.

Matlamat pengukur kejayaan. Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Apakah kayu pengukurnya untuk memastikan yang setiap hari anda berjaya? Bagaimana anda tahu bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang telah dirancang. Sekiranya anda telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang dirancang maka anda dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna. Jadi pastikan sekarang bahawa matlamat anda tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak pula terlalu besar hinggakan anda rasakan mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.

Tuesday, January 11, 2011

Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat (Bahagian 1)

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahajai tanpa disedari.
Imagination is power than knowledge.
Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian akan mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian yang sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan.
Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yang sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Pulang nanti, sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak kalau waktu sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik tahuuu". Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuashati hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah anda. Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.
Selepas ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini.
• Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
• Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
• Kenapa aku mahukannya?
• Bagaimana aku boleh mendapatkannya?
Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan di atas, syabas!!!... anda sudah punya matlamat.
Contoh matlamat:
Apa?
Aku mahu capai 8A dalam PMR.
Bila?
Tahun 1999
Kenapa?
Untuk buktikan pada rakan-rakan yang aku ada kebolehan.
Untuk memenuhi hasrat ibu bapa.
Bagaimana?
Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
Aku mesti melatih 20 soalan setiap hari.
Kerja sekolah mesti siap.
TV dan sembang-sembang mesti dikurangkan.
Pencapaian ujian bulan mesti memberangsangkan.
Cakap tidak serupa bikin.
Inilah kelemahan anda. Anda begitu bersungguh-sungguh memperkatakan tentang matlamat anda tapi apa pula tindakan anda? Pastikan setiap kata dikota. Yang membezakan seorang doktor dengan seorang budak kilang ialah tindakan yang diambil sewaktu persekolahan mereka. Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi apa?". Saya pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang. Semua nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita mereka tetapi tindakan kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi, pastikan susuli setiap perancangan dengan tindakan...tindakan...tindakan...

Wednesday, July 29, 2009

PERKARA-PERKARA SUNAT SELEPAS BERWUDHU DAN FADHILATNYA

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Setiap ibadat dalam Islam mempunyai kelebihan dan fadhilatnya yang tersendiri. Dengan rahmat Allah jua, kadang-kadang amalan yang sedikit (pada ukuran dan pertimbangan manusia) namun ganjarannya amat besar di sisi Allah Ta‘ala. Kenalah kita manusia menerokai dan mencarinya supaya jangan terlepas dengan peluang-peluang untuk memperolehi ganjaran yang amat besar itu.

Begitulah halnya dengan fadhilat atau kelebihan yang terdapat dalam perkara-perkara sunat selepas berwudhu. Kenapa peluang itu tidak direbut atau dengan kata lain jangan ia dilepaskan begitu saja. Antara perkara-perkara sunat selepas mengambil wudhu ialah:

1. Membaca Doa Selepas Berwudhu

Sunat membaca doa setelah sempurna berwudhu. Adapun cara membacanya ialah dengan menghadap kiblat dan mengangkat atau menadah kedua belah tangan ke langit. Manakala pandangan kedua mata ditujukan ke langit sekalipun dia seorang yang buta. Doa ini sunat dibaca sebaik sahaja selesai berwudhu tanpa diselangi oleh jangka masa yang terlalu lama menurut kebiasaan.. Doa ini juga sunat disudahi dengan selawat dan salam ke atas Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam. Adapun lafaz doa selepas wudhu itu ialah:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ َ لا شَرِيْكَ َلهُ، وََأشْهَدُ
َأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوُلهُ، َاللَّهُمَّ اجْعَْلنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ، وَاجْعَْلنِي مِنَ
الْمُتَ َ طهِّرِيْنَ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ إِلاَّ َأنْتَ َأسْتَغْفِرُكَ
وََأتُوبُ إَِليْكَ، وَصَلَّى اللهُ عََلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعََلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَاْلحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَاَلمِيْنَ

Kelebihan Membaca Doa Selepas Wudhu

Adapun antara kelebihan membaca doa ini ada disebutkan dalam sebuah hadis shahih yang diriwayatkan oleh Sayyidina ‘Umar bin al-Khaththab Radhiallahu ‘anhu, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

مَا مِنْ ُ كمْ مِنْ َأحَدٍ يَتَوَضَُّأ َفيُبْلِ ُ غ َأوْ َفيُسْبِ ُ غ اْلوُضُوءَ ُثمَّ يَُقو ُ ل: "َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ
إِلاَّ اللهُ وََأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللهِ وَرَسُوُلهُ" إِلاَّ ُفتِحَتْ َلهُ َأبْوَابُ اْلجَنَّةِ الثَّمَانِيَُّة
يَدْخُ ُ ل مِنْ َأيِّهَا شَاءَ
(رواه مسلم)

Maksudnya:
“Tiada sesiapapun di antara kamu yang berwudhu lalu dia menyempurnakan wudhu tersebut (dengan sebaikbaiknya) , kemudian dia mengucapkan:

َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ إِلاَّ اللهُ وََأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللهِ وَرَسُوُلهُ

(maka tiada ganjaran) melainkan dibukakan untuknya pintu-pintu syurga yang lapan, dia akan masuk (ke syurga) melalui manamana pintu yang disukainya.”
(Hadis riwayat Muslim)

2. Membaca Surah al-Qadr

Setelah selesai membaca doa selepas berwudhu, sunat dibaca surah al-Qadr sebanyak 3 kali dengan menghadap kiblat tetapi tidak perlu menadah tangan dan memandang ke atas. Ini berdasarkan sebuah hadis yang ditakhrij oleh ad-Dailami bahawa sesiapa yang
membacanya setelah selesai berwudhu sebanyak:

• Satu kali: Dia tergolong antara para ash-shiddiqun, iaitu orang-orang yang benar-benar beriman (zahir dan batin).

• Dua kali: Dimasukkan dalam golongan para syuhada’.

• Tiga kali: Allah mengumpulkannya pada hari Kiamat kelak bersama-sama para anbiya’.

Setelah itu disunatkan membaca doa berikut:

َ
اللَّهُمَّ ا ْ غفِرْ لِي َذنْبِي، وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي، وَبَارِكْ فِي رِزْقِي وَ َ لا تَ ْ فتِنِّي بِمَا
زَوَيْتَ عَنِّي
Ertinya: “Ya Allah, ampunilah dosaku, luaskanlah rumahku (supaya aku merasa selesa), berkatilah rezekiku dan janganlah Engkau fitnahkan aku dengan apa jua perkara yang Engkau jauhkannya daripadaku.”


3. Sembahyang Sunat Wudhu

Setelah sempurna berwudhu, sunat mendirikan sembahyang sunat Wudhu sebanyak dua rakaat. Sembahyang sunat itu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sekalipun pada waktu-waktu
yang ditegah mengerjakan sembahyang. Ia dikerjakan dalam waktu yang terdekat, iaitu setelah selesai daripada mengambil wudhu.

Adapun fadhilat (kelebihan) mengerjakan sembahyang dua rakaat setelah berwudhu adalah sangat besar seperti yang telah dinyatakan dalam beberapa hadis antaranya:

a. Memberi peluang untuk masuk ke syurga

(i) Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan perbualan antara Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan Bilal Radhiallahu ‘anhu:
قَا َ ل لِبِ َ لالٍ عِنْدَ صَ َ لاةِ الَْفجْرِ: يَا بِ َ لالُ، حَدِّْثنِي بَِأرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي
ْالإِسْ َ لامِ، َفإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعَْليْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الْجَنِّةِ.
قَا َ ل: مَا عَمِلْتُ عَمَ ً لا َأرْجَى عِنْدِي مِنْ َأنِّي َلمْ َأتَ َ طهَّرْ ُ طهُورًا فِي سَاعَةِ
َليْلٍ َأوْ نَهَاٍر إِلاِّ صَلَّيْتُ بِ َ ذلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي َأ ْ ن أُصَلِّيَ.
(رواه البخاري)

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Bilal ketika (selesai) sembahyang Fajar (Subuh): “Wahai Bilal, ceritakanlah padaku amalan apa yang paling kamu harapkan melakukannya dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi sepasang terompahmu di hadapanku di dalam Syurga.”

Bilal berkata: “Tidak ada amalan yang aku lakukan yang paling aku harapkan kecuali (ada satu amalan, iaitu) aku tidak berwudhu satu wudhu pun pada waktu malam ataupun siang, melainkan aku sembahyang dengan wudhu itu, sepertimana yang telah ditetapkan untukku melakukan sembahyang (samada fardhu atau sunat pada iktikad Bilal).”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

(ii) Manakala dalam riwayat lain daripada Abu Buraidah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memanggil Bilal Radhiallahu ‘anhu lalu bertanya bagaimanakah dia mendahului Baginda di syurga. Bilal Radhiallahu ‘anhu pun menjawab:

وَمَا َأصَابَنِي حَدَ ٌ ث قَطُّ إِلاَّ تَوَضَّأْتُ عِنْدَهَا. وَرََأيْتُ َأنَّ لِلَّهِ عََليَّ رَكْعَتَيْنِ
فَقَا َ ل رَسُو ُ ل اللهِبِهِمَا :
(رواه الترمذي)

Maksudnya: “Dan aku tidak pernah didatangi hadas melainkan aku (segera) mengambil wudhu bilamana aku berhadas. Dan aku mengambil pendirian (kerana rasa syukur, aku membuat pilihan) bahawa demi Allah ke atasku (sembahyang) dua rakaat.”

Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dengan kedua-dua amalan itu.” (iaitu berwudhu apabila berhadas dan sembahyang dua rakaat setiap kali berwudhu maka Bilal memperolehi apa yang didapatnya).”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dengan riwayat ini merupakan satu anjuran supaya orang-orang menyukai dan mengamalkan perbuatan yang dibuat oleh Bilal itu.

b. Diampunkan dosa-dosa kecil

Riwayat daripada Humran, hamba kepada Sayyidina ‘Utsman bin ‘Affan Radhiallahu ‘anhu bahawa dia melihat tuannya itu berwudhu kemudian beliau berkata:

رََأيْتُ رَسُو َ ل اللهِتَوَضََّأ نَحْوَ وُضُوئِي هَ َ ذا
ُثمَّ قَا َ ل: مَنْ تَوَضََّأ نَحْوَ وُضُوئِي هَ َ ذا ُثمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ َ لا يُحَدِّ ُ ث فِيْهِمَا
نَفْسَهُ، غُفِرَ َلهُ مَا تََقدَّمَ مِنْ َذنْبِهِ
(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: “Aku (‘Utsman) telah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengambil wudhu seperti cara wudhuku ini.”

Kemudian Baginda bersabda: “Barangsiapa yang berwudhu seperti wudhuku ini, kemudian (setelah berwudhu) dia sembahyang dua rakaat, yang mana dia tidak berkata-kata pada dirinya dalam kedua-dua rakaat sembahyangnya itu, nescaya diampunkan baginya dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Adapun maksud “dia tidak berkata-kata pada dirinya” ialah tidak memikirkan perkara yang berkaitan dengan keduniaan dan perkara yang tidak ada hubung-kait dengan sembahyang
(dengan senghaja). Manakala yang dimaksudkan dengan “diampunkan baginya dosanya” itu ialah dosa-dosa kecil.

Penutup

Dengan penjelasan ini nyatalah fadhilat atau kelebihan yang terdapat dalam perkara-perkara sunat selepas berwudhu itu adalah sangat besar dan menguntungkan, padahal ia adalah amalan yang amat mudah dan tidak membebankan. Mudah-mudahan dengan penjelasan yang ringkas ini dapat memberi kesedaran dan membuka hati kita semua untuk sama-sama merebut kelebihankelebihan ini.

Sumber : Mufti Brunei

Monday, June 8, 2009

Menghilangkan stress

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Monday, May 25, 2009

Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

BARISAN PERTAMA: Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA: Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA: Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT: Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA: Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM: Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH: Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN: Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN: Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH: Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS: Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS: Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang Maha Pengasih..."

Dipetik dari blog http://cahayamukmin.blogspot.com/

Monday, May 18, 2009

APLIKASI FREEWARE TERBAIK

Antivir Avira
Software anti-virus percuma! Ringan dan boleh dipercayai. Lebih meyakinkan, baru-baru ini saya download satu versi map MFM di Malfreemaps.com (Contributer MFM tidak bertujuan untuk menyebarkan virus berkenaan), ramai downloader yang menggunakan Avira termasuk saya menerima detection virus jenis TR/Crypt.ZPACK.Gen tetapi tiada detection dari pengguna-pengguna antivirus lain seperti AVG, Kaspersky, Norton dan lain-lain.

SpyBot S&D
Anti-trojan software yang sangat berguna untuk membuang segala jenis trojan di PC. Trojan selalunya melembabkan PC anda dan sesetengah trojan tidak mempunyai sebarang symptom-symptom jelas dan membuka pintu security PC anda untuk membolehkan PC anda diceroboh masuk dengan mudah tanpa disedari.

Lavasoft Ad-Aware
Sama seperti Spybot iaitu berfungsi sebagai anti-trojan tetapi dengan kombinasi kedua-dua software ini, kebarangkalian untuk mengesan trojan adalah lebih tinggi dan berkesan. Cara pemakaian sangat mudah yang penting updatelah selalu, jika rajin buatlah scanning sekali seminggu, kalau malas seperti saya sebulan sekali pun boleh. Anda akan rasakan bezanya pc anda tanpa trojan, lebih laju lebih mengancam.

XnView Image Viewer
Sebuah software percuma untuk view, quick edit dan browse foto dan imej di dalam PC anda. Ringan dan mudah digunakan. Boleh digunakan untuk Batch Processing (Pemprosesan / pengubahsuaian gambar secara lambak) seperti resize, rename, sharpen, blur dan lain. Video-video dari kamera juga boleh dimainkan tanpa menggunakan applikasi lain.

Gadwin Print Screen
Dengan Gadwin Print Screen anda tidak perlu membuka image editor untuk paste dan savekan screenshot anda. Dengan sedikit konfigurasi, output boleh dibuat secara terus ke dalam folder dengan format-format jpg, gif, bmp dan sebagainya. Automatik shadow border boleh didapati di dalam setting freeware ini.

GIMP (GNU Image Manipulation Program)
Alternatif kepada Adobe Photoshop, sebuah applikasi memanupulasi imej percuma dan ringan. Fungsi layer seperti Photoshop juga membuatkan penggunaan GIMP disukai ramai. Namun penggunaan butang shortcut dan interfacenya agak berbeza dari Photoshop memerlukan sedikit masa untuk memahaminya.

Mozilla Firefox
Seperti artikel saya sebelum ini, Firefox adalah sebuah browser yang sangat reliable dan seronok digunakan. Security amat bagus, trojan tidak mudah masuk ke dalam PC anda sesuka hati berbanding Internet Explorer. Sekiranya anda memakai anti-trojan, anda pasti dapat bezakan bagaimana sedikitnya trojan terlepas ke dalam PC anda dengan menggunakan Mozilla Firefox berbanding IE. Tidak bercadang untuk review panjang di sini kerana kehebatannya memang sudah diketahui ramai.

WordWeb Dictionary
Dictionary berbahasa Inggeris di dalam PC anda. Disiapkan dengan voice pronounciation, synonim, acronym dan lain-lain. Applikasi ini juga didatangkan dengan setting pelbagai jenis English seperti British, American, International, Asia dan lain-lain.

Revo Uninstaller
Sebuah aplikasi uninstaller dengan ciri-ciri interface yang mudah dan memberikan aktiviti uninstall anda lebih bersih. Dengan Revo Uninstaller, anda boleh mengawal bagaimana proses uninstall ingin dibuat seperti membersihkan registry dan folder program yang ingin di-uninstall-kan.

PrimoPDF
Ingin menghasilkan PDF file? Dengan PrimoPDF anda boleh menghasilkan PDF file dari mana-mana program yang terdapat print feature seperti Microsoft Word, browser dan lain-lain. Dengan menekan print dari mana-mana program yang anda gunakan, PrimoPDF akan menghasilkan PDF file untuk anda dengan cepat dan senang.

Sunday, May 3, 2009

MENGEJUTKAN ORANG YANG TIDUR

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه
بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang. Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)


Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh,
beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail..
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم
الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Kedua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud
oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.
Selamat Beramal....